Friday, March 6, 2009

GIZI MAKANAN SEIMBANG

PENGENALAN
KEHIDUPAN sihat bermula daripada pemakanan yang baik. Bagi menjalani gaya hidup yang sihat, anda mempunyai banyak pilihan untuk mengurangkan berat badan dan mempertingkatkan tahap kesihatan walaupun mungkin tenggelam dalam kesibukan tugas.
Pemakanan sihat adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian anda, dan pada masa yang sama,mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan.Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
DEFINISI DIET

Diet seimbang adalah asas kesihatan yang baik. Setiap diet harus termasuk protein, karbohidrat (gula dan kanji), lemak, vitamin dan mineral. Tubuh anda memerlukan bekalan tetap nutrien ini untuk membesar, menggantikan tisu-tisu lusuh dan memberikan tenaga.
Diet seimbang juga adalah diet yang boleh membekalkan nutrien yang mencukupi mengikut umur, jantina, keadaan fizikal dan keperluan tertentu untuk memenuhi keperluan ketumbesaran dan memiara kesihatan.Untuk memperolehi diet seimbang satu perancangan diet yang teliti harus dilakukan.
KEPENTINGAN GIZI MAKANAN SEIMBANG

1. Makanan seimbang penting untuk mengekalkan kesihatan seseorang dari segi mental dan fizikal.
2. Makanan membekalkan tenaga agar manusia boleh melakukan pelbagai aktiviti harian.
3. Makanan memastikan pertumbuhan yang baik dan sihat, khususnya di kalangan kanak-kanak dan wanita hamil.
4. Makanan seimbang penting dalam proses pembinaan molekul genetic/DNA dan membaiki tisu yang rosak dan pembentukan tisu baharu.
APA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG??

· Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bembantu mengatasi stres.
· Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.


LANGKAH PENJAGAAN DIET

1. Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.
3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%.
5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.


10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.


1. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
· Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

2. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.
· 6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

3. Kurangkan kafein
· Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

4. Kurangkan pengambilan garam.
· Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

5. Kurangkan gula
· Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.

6. Berhenti merokok
· Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

7. Berhenti dari pengambilan alkohol
· Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.

8. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.
· Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

9. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt
· Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

10. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur
· Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.

video

DIET MENGIKUT JENIS DARAH


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’


Ciri khas individu jenis darah A:

(1) Memiliki sistem pencernaan yang sensitif.

(2) Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging.

(3) Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak.

(4) Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga.

(5) Cukup beristirehat.


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek : Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari : Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek : Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’


Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.

• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.

• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’


Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif

• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap

• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek : Yogurt

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek : Kek keju dan teh herba

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’


Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain

• Mudah mengadaptasi berbagai makanan

• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik

• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran

• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

video

100 TIPS DIET TERBAIK


Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?

1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.2. Ambil sekurang-kurangnya

2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.

3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.

4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.

5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.

6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.


Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?


7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

9. Gunakan pinggan salad.

10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.

11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.

14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

15. Simpan jurnal makanan.

16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"

17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.

18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.

20. Bawa bekal makanan sendiri.

21. Duduk tertib semasa makan.

22. Campurkan jus dengan air.

23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

24. Makan masakan sendiri di rumah.

25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?


26. Ambil jus tomato semasa minum petang.

27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.

28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.

29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.

30. keledek juga adalah sayur.

31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.

32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.

33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.

34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!


Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan


35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".

36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".

37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".

38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".

39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".


Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?


40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)

41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)

42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)

43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek

.44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.

45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.

46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)


Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?


47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.

48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.

49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.

50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.

51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.

52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)

53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.

54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.

55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.

56. Panaskan 1 tin sup.

57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.

58. Sandwich sayuran.

59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?


60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"

61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.

62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.

63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.

64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.

65. Jangan kasihan pada makanan.

66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.

67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.

68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.


Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya


69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.

70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)

71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.

72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.

73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)

74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.

75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.


Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?


76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.

77. Makan di atas meja makan dengan tertib.

78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.

79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.

80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.

81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"

82. Berus gigi selepas makan.

83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.

84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.


Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?


85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.

86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.

87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.

88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.

89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.

90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.

91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.


Apakah tip senaman yang boleh membantu?


92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.

93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.

94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.

95. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum

Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi?


96. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan

97. Carilah teman untuk berbual.

98. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.

Bibliografi


1. http://nutrition.moh.gov.my/nutrition/pdf/Panduan%20Pemakanan/DIET_SEIMBANG_EDISI2_2007.PDF
2. http://www.nutriweb.org.my/downloads/dietary_bm.pdf
3. http://www.afic.org/What%20You%20Should%20Know%20About%20Weight%20Management_BH.htm
4. http://www.fomca.org.my/bmalay/eventpdf.php?id=13&tabl=tips
5.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=464%3Adiet-seimbang&catid=201%3Atip-sihat-dan-cergas&Itemid=4
6. http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=1609
7.http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/backup1/knk/kesihatan/Microsoft%20Word%20-%20Kulit_Alahan.pdf
8.http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/backup1/knk/kesihatan/Microsoft%20Word2020HEALTHY_JUICES_FOR_TOTAL_WELLNESS.pdf
9. http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=46634


No comments:

Post a Comment